Video: How To Measure The Volume of Liquid
Tayangan video yang menunjukan cara mengukur
isipadu cecair dengan tepat menggunakan silinder
penyukat yang berskala dan cara membaca isipaducecair dengen betul.
Video: Comparing Volume
Video yang menunjukkan pengisian pepejal dalam bekas yang berlainan untuk membandingkan kapasiti dengan saiz bekas-bekas.
Rajah 1(a) mata memandang ke paras air secara lurus |
Pengenalan
Pengukuran isipadu cecair amat berguna dalam kehidupan harian kita. Cecair tidak mempunyai bentuk
yang kekal. Ia akan berubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang digunakan. Aras cecair juga akan berubah mengikut saiz dan bentuk bekas tersebut, tetapi isipadunya kekal tidak berubah.
Pengukuran isipadu cecair amat berguna dalam kehidupan harian kita. Cecair tidak mempunyai bentuk
yang kekal. Ia akan berubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang digunakan. Aras cecair juga akan berubah mengikut saiz dan bentuk bekas tersebut, tetapi isipadunya kekal tidak berubah.
Kanak-kanak sekolah rendah selalu melakukan kesilapan untuk membezakan bekas mana yang akan mempunyai lebih isi. Mereka menggangap kapasiti sebagai satu sift bagi bekas. Kanak-kanak selalu melihat pada ketinggian daripada keluasan sesuatu bekas. Salah konsep mengenai kapasiti telah menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mempunyai lebih isi.
Untuk membetulkan salah konsep mengenai kapasiti, guru boleh bermula dengan mengkaji kapasiti dengan perbandingan secara langsung. Kemudian guru hendaklah mengajar murid cara mengukur dan membaca sukatan dengan tepat pada silinder penyukat. Berikut adalah dua bahan mengajar yang sesuai untuk mengajar murid dari golongan pencapaian rendah dan pencapaian tinggi serta aktviti-aktiviti untuk menggunakan kedua-dua jenis bahan mengajar dengan berkesan.
Bahan bantu mengajar untuk pelajar pencapaian rendah
Empat set bekas-bekas yang digunakan untuk aktiviti 1
Alat-alat penyukat cecair
Alat-alat penyukat cecair
silinder penyukat |
Aktiviti 1: Pengukuran kapasiti bekas-bekas dengan perbandingan dan menggunakan
bikar atau cawan pengukur cecair oleh pelajar pencapaian rendah.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan
unit piawai (liter).
unit piawai (liter).
2. Membaca unit-unit sukatan dengan tepat.
3. Menganggar dan membanding ukuran isipadu cecair dan
menyusun bekas secara tertib menaik dari kapasiti kecil ke
kapasiti besar.
menyusun bekas secara tertib menaik dari kapasiti kecil ke
kapasiti besar.
Bahan-Bahan : Pelbagai bekas mempunyai ketinggian dan saiz yang berbeza, 2
bikar atau cawan pengukur cecair yang berukuran unit
liter (l) dan sebaldi air.
1. Guru menunjukkan dua bekas yang berlainan saiz dan ketinggian.
2. Guru mengisi kedua-dua bekas dengan air yang penuh kemudian menyuruh
murid menganggar bekas mana yang lebih isinya.
3. Guru membuat demontrasi mengukur air dalam kedua-dua bekas dengan
menuangkan air ke dalam dua bikar atau cawan penyukat.
4. Guru menyuruh murid membanding dan memberitahu keputusannya.
5. Guru mengajar murid cara membaca sukatan cecair dengan betul seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1(a) dan Rajah 1 (b).
6. Guru bahagikan murid kepada kumpulan berempat.
7. Setiap kumpulan diberi empat set bekas yang berlainan saiz dan sebaldi air.
8. Murid-murid bekerjasama untuk mengisi 2 bekas yang berlainan saiz dengan
air secara bergilir-gilir.
9. Tuangkan cecair dari kedua-dua bekas yang berlainan saiz ke dalam 2 bekas kaca
yang sama saiz (yang mempunyai unit pengukuran liter) untuk membuat
perbandingan mana yang lebih isi.
10. Seorang murid bertugas sebagai pencatat untuk merekodkan perbandingan
cecair keempat-empat set bekas yang mana mempunyai lebih isi di dalam jadual
yang disediakan.
11. Kemudian murid menuangkan cecair ke dalam silinder yang disediakan(liter).
12. Baca dan mencatat isipadu cecair di dalam jadual.
13. Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan membuat perbandingan isipadu cecair
dengan bekas-bekas, kemudian susun bekas mengikut tertib menaik iaitu dari
kapasiti kecil ke kapasiti besar.
14. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa bekas yang tinggi tidak
semestinya mempunyai isi yang lebih.
15. Guru merumus bahawa bekas yang mempunyai diameter yang besar biasanya lebih
isi daripada bekas yang tinggi tetapi mempunyai diameter yang kecil.
16. Lembaran kerja (A). Gunakan warna biru untuk bulatkan bekas yang mempunyai
kapasiti yang kecil dan warna merah untuk bekas yang mempunyai kapasiti
yang besar.
Lembaran kerja (A)
.dengan bekas-bekas, kemudian susun bekas mengikut tertib menaik iaitu dari
kapasiti kecil ke kapasiti besar.
14. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa bekas yang tinggi tidak
semestinya mempunyai isi yang lebih.
15. Guru merumus bahawa bekas yang mempunyai diameter yang besar biasanya lebih
isi daripada bekas yang tinggi tetapi mempunyai diameter yang kecil.
16. Lembaran kerja (A). Gunakan warna biru untuk bulatkan bekas yang mempunyai
kapasiti yang kecil dan warna merah untuk bekas yang mempunyai kapasiti
yang besar.
Lembaran kerja (A)
Bahan bantu mengajar untuk pelajar pencapaian tinggi
Empat set bekas yang berlainan saiz dan bentuk digunakan dalam aktiviti 2
Aktiviti 2: Pengukuran kapasiti bekas-bekas dengan perbandingan dan menggunakan
silinder penyukat oleh pelajar pencapaian tinggi.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1. Menyukat dan membaca isipadu cecair dengan menggunakan
piawai liter dengan betul.
2. Membanding dan menganggar isipadu bekas dengan betul.
3. Menulis ukuran isipadu cecair dengan unit yang betul.
Bahan-bahan: Pelbagai bekas mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza, silinder
penyukat atau cawan pengukur cecair yang berukuran unit liter (l) dan
baldi yang berisi air.
Langkah-langkah:
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan berempat.
2. Setiap kumpulan dibekalkan sebaldi air dan 4 set bekas yang berlainan bentuk
dan saiznya seperti dalam gambar-gambar di atas.
3. Guru menyuruh murid isikan bekas-bekas dalam set pertama sampai penuh dan
membuat anggaran bekas mana yang lebih isi.
4. Kemudian murid mengisikan air dalam bekas set pertama ke dalam dua buah bekas
besar yang sama saiz dan bentuk untuk membuat perbandingan.
5. Murid-murid dalam setiap kumpulan mengisi set-set bekas yang secara bergilir-gilir
dan menyukat dengan bikar besar yang mempunyai unit piawai liter.
6. Seorang murid dalam setiap kumpulan ditugaskan sebagai pencatat untuk merekod keputusan bandingan dan bacaan liter di dalam jadual yang disediakan.
7. Murid-murid berbincang dan membuat perbandingan di antara kedua-dua bekas
dalam setiap set untuk mengetahui mana satu yang lebih isi dan mana satu yang
kurang isi.
8. Murid-murid menyusun bekas-bekas mengikut urutan menaik.
9. Murid dari setiap kumpulan melaporkan dapatan mereka dan membaca sukatan
dengan unit piawai yang betul.
10. Seorang murid dari setiap kumpulan membuat kesimpulan selepas berbincang
dengan ahli-ahli kumpulan bahawa kapasiti sesuatu bekas tidak semestinya
bergantung kepada ketinggianya semata-mata tetapi juga diameter sesuatu
bekas.
Cadangan: Permainan
i. Murid-murid bermain dalam kumpulan yang mempunyai bilangan ahli 4 orang.
ii. Sebuah "papan roda putaran" yang mengandungi 7 jenis warna (warna pelangi)
disediakan. Setiap warna mewakili satu kumpulan.
iii. Setiap ahli dalam kumpulan akan memutar "papan roda putaran" secara bergilir-
gilir.
iv. Apabila ia berhenti, anak panah menunjuk ke salah satu warna, maka ahli dalam
kumpulan tersebut akan mencabut kad dari "bekas sakti", kemudian membaca
isipadu cecair yang terpapar di permukaan kad.
v. Murid-murid dalam kumpulan tersebut akan mencatatkan bacaan isipadu cecair
dalam lembaran kerja (B) dengan betul.
vi. Jika anak panah menunjuk ke warna merah, murid-murid dalam kumpulan
tersebut akan kehilangan satu peluang untuk bermain. Ia akan disambung oleh
kumpulan lain.
vii. Isipadu cecair akan direkod sehingga pusingan keenam.
viii. Kumpulan yang mengandungi markah yang tertinggi adalalah pemenang.
Lembaran kerja (B)
Kesimpulan
Dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan dan bahan-bahan bantu mengajar, murid-murid memperoleh pengalaman secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menjalinkan hubungan sosial yang baik. Murid-murid bekerjasama secara koperatif, secara tidak langsung memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bantu-membantu, sabar dan sebagainya.
Pengalaman yang diperoleh secara langsung akan memberi kesan pembelajaran yang lebih menggalakkan. Murid-murid akan lebih ingat apa yang dialami daripada hanya melihat gambar rajah dan mendengar penjelas guru sahaja.
Di samping itu,salah konsep murid dapat dikesan dengan serta-merta. Guru boleh memperbetulkan salah konsep murid terhadap kapasiti cecair dalam bekas-bekas yang berlainan saiz dan bentuk dengan mudah dan segera. Dengan memperoleh konsep yang betul dan jelas, murid-murid adalah lebih mudah menguasai kemahiran-kemahiran mengenai penyukatan isipadu cecair dan dapat menganggar kapasiti bekas dengan lebih tepat.
Disediakan oleh Tan Sow Eng (670127015086)
Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Tutor: Dr. Suhaidah Binti Tahir
Semester September 2010
No comments:
Post a Comment